Apakah Erti Istilah Content Creator?
Kita seringkali mendengar istilah Content Creator menjadi sebutan ramai. Ada yang kaitkan istilah itu dengan seseorang yang merakam video lalu dimuat-naikkan di laman sosial seperti Instagram, TikTok ataupun Youtube dan sebagainya. Tetapi apakah itu benar?
Content Creator
Jom kita lihat secara mendalam apakah erti istilah tersebut. Content Creator mempunyai dua perkataan iaitu Content dan juga Creator. Kalau kita lihat secara amnya, Content dalam kamus bererti kandungan. Dan Creator pula adalah pencipta. Bila dicantumkan ia menjadi sebuah frasa pencipta kandungan.
Jadi, sebagai pencipta kandungan, ia tidak semestinya harus dilakukan secara merakam video. Malah secara bertulis juga boleh seperti blog.
Dahulu, sebelum mulanya Youtube, terdapat pelbagai laman blog sudahpun wujud. Laman blog seperti Blogger sudahpun dilancarkan. Ini adalah sebuah laman blog yang percuma bagi mereka yang ingin mengongsikan idea ataupun pengalaman mereka secara bertulis.
Selepas Blogger baru lahirnya Hubpages, sebuah laman blogger yang membenarkan para penulis untuk menjanahkan wang dengan menjual produk masing0masing atau mempromosikan produk affiliate dalam karya hasil penulis. Setelah itu baru lahirnya laman video yang lebih dikenali sekarang sebagai Youtube.
Bergaji Ke?
Secara kebetulan, seorang yang bergelar Content Creator tidak bergaji. TETAPI dengan usaha yang gigih dan konsisten, status itu boleh berubah. Terdapat pelbagai cara untuk menjanahkan wang. Dan seringkali dinasihatkan oleh ramai Conetnt Creator adalah untuk tidak menumpukkan perhatian sepenuhnya dengan wang pendapatan hasil iklan yang kita lihat semasa menonton video.
Jumlah pendapatan dari ikhlan tersebut baik dari video ataupun blog amat kecil sekali. Kalau ingin tahu lebih lanjut tentang cara-cara menjanahkan wang sebagai Content Creator, “Subscribe” pada Youtube channel saya di sini.
Secara umum, seorang Content Creator boleh lakukan apa saja. Dari menulis karya atau panduan untuk sesuatu topik ataupun merakam video. Dan kebanyakkan laman yang menyokong kreatif sebegini adalah percuma. Akan tetapi, kalau anda memilih bidang video, anda mungkin perlukan peralatan video yang memadai untuk merakam video secara HD.
Semua itu akan saya terangkan dalam video dan blog yang akan datang. Sehingga kita ketemu lagi, kreatif selalu!
I simply could not leave your web site before suggesting that I really
enjoyed the usual info a person supply to your visitors?
Is gonna be again ceaselessly to check up on new
posts
I’ll immediately grasp your rss feed as I can not in finding your e-mail subscription hyperlink or
e-newsletter service. Do you have any? Please permit me realize so that I could subscribe.
Thanks.