Blog Harus Diteruskan! Bacalah Artikel Ini

1
blog-harus-diteruskan-bacalah-artikel-ini

Blog ada satu seni karya yang telah wujud sebelum Youtube dilancarkan. Dahulu penulis menggunakan laman blog untuk berkongsi pendapat dan juga pengalaman kerja ataupun hidup. Setelah Youtube dilancarkan, sedikit demi sedikit mula berpindah untuk membuat content secara berakam.

Blog mana yang boleh digunakan secara percuma

Buat masa ini, terdapat dua laman web yang boleh digunakan tanpa apa-apa bayaran. Yang pertama sekali adalah Blogger.com. Tetapi saya perlu beritahu bahawa olehkerana Blogger.com boleh digunakan secara percuma, alamat laman blog anda akan menjadi ,blogspot.com dan bukan .com. Walau bagaimana pun, anda masih boleh gunakan untuk memacukan followers ataupun subscribers pada alamat tersebut.

Lagi satu laman web yang boleh digunakan secara percuma adalah WordPress.com. Laman ini serupa dengan Blogger hanya alamatnya akan bertukar menjadi .wordpress.com.

Bezanya?

Satu perbezaan yang jelas adalah keupayaan WordPress.com untuk mengubah-suai permukaan ataupun template laman web anda untuk kelihatan lebih professional. Anda boleh pilih antara beribu template yang sedia ada yang boleh digunakan secara percuma untuk mencantikkan laman web anda atau membuat laman laman anda seperti majalah seperti mana yang anda lihat di blog saya ini.

Alamat laman web saya adalah .com kerana saya telah mendaftarkan Aksi360 sebagai alamat laman web rasmi dan saya juga menggunakan hosting saya sendiri dari menggunakan hosting yang dikongsi bersama laman blog lain.

.com adalah amat penting terutama sekali bila berurusan dengan perniagaan baik yang besar mahupun yang kecil untuk mendapatkan sponsor dan sebagainya. .com juga amatlah sesuai untuk memastikan kedudukan yang tinggi dalam hasil carian Google. Segalanya saya dapatkan dari Namecheap.

Mengapa harus ada laman web sendiri?

Ramai content creator gagal untuk melihat potensi mengadakan sebuah laman web sendiri. Seringkali mereka menumpukan perhatian sepenuhnya untuk membina followers atau subscribers demi untuk menjanahkan wang. Malah dengan sebuah laman web, mereka jugak dapat menggandakan jumlah wang pendapatan dan juga membuka peluang untuk berkerjasama dengan perniagaan luar dan juga dalam negeri. Saya akan kongsi bersama dengan lebih lanjut tentang topik ini dalam artikel seterusnya.

Saya harap dengan artikel ini dapat memberi keterangan mengapa mempunyai blog amatlah penting selain dari mendapatkan followers dan subscribers. Memang amat sukar untuk membuat content dan juga menulis artikel tetapi pendapatannya amat berbaloi.

Sehingga berjumpa lagi di artikel yang lain. Selamat berjuang!

About The Author

1 thought on “Blog Harus Diteruskan! Bacalah Artikel Ini

  1. Woah! I’m really loving the template/theme of this blog.
    It’s simple, yet effective. A lot of times it’s hard to get that
    “perfect balance” between user friendliness and appearance.
    I must say that you’ve done a awesome job with this.
    In addition, the blog loads extremely fast for me on Internet explorer.
    Superb Blog!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *